HARIAN METRO 23/1/2014
Kuala Lumpur: “Kami semua sihat, tidak sakit. Saya baca Yasin dan dengar surah lain menerusi YouTube,” kata Aisyah, 14, anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak 18 Disember lalu.
Menerusi perbualan media sosial bersama saudara terdekatnya, di sini, awal pagi semalam, anak sulung daripada empat beradik itu turut memaklumkan mereka masih menunaikan solat lima waktu biarpun berjauhan dengan ibu bapanya.
Menurut ahli keluarga yang enggan dikenali itu, Aisyah memaklumkan, adik lelakinya itu turut menyatakan rasa menyesal atas apa yang berlaku selepas ibu dan bapa mereka ditahan atas tuduhan mendera.
“Walaupun tidak menunjukkan reaksi rasa kesal di hadapan rakannya, tetapi dari perbualan kami dia memang menyesal apa yang berlaku,” katanya dalam perbualan itu.
Kenyataan itu menjawab persoalan banyak pihak yang bimbang jika keempat-empat mereka tidak dapat menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam selepas dijaga keluarga angkat bukan Islam di negara itu.
Kisah pasangan suami isteri dan empat anak berkenaan mendapat perhatian banyak pihak di negara ini yang meminta agar inisiatif tertentu diambil untuk membawa pulang mereka ke negara ini atau dibenarkan untuk tinggal bersama keluarga Muslim di sana.
Kelmarin, Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman menerusi perbualan bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk membela nasib keluarga itu, namun pada masa sama berharap semua pihak di Malaysia bertenang.
Ia susulan beberapa badan bukan kerajaan termasuk Gabungan NGO Melayu/Islam yang menghantar memorandum kepada Kedutaan Sweden di ibu negara meminta mereka dijaga keluarga Muslim.
Sementara itu, EXCO Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, pihaknya akan memantau perkembangan kes berkenaan secara dekat dan memaklumkan kepada masyarakat sekiranya ada perkembangan terbaru.
“Kami mahu ia ditangani tanpa implikasi perundangan. Setakat ini, kita yakin ia boleh diselesaikan kerana ia bukan kes jenayah," katanya.
kapir ajar islam jika islam tak ajar kapir :-(
ReplyDeleteGambar 4 beradik ini penuh dengan senyuman.. Moga senyuman itu kekal dan mereka sekeluarga kembali bersama secepat mungkin.. aminnn..
ReplyDeleteYou can teach your children in so mny different way.. Why need to use rotan or tali pinggang of for punishment.. You not in Malaysia anymore.. Respect other country law.. And good luck having your kids back.
ReplyDeleteLet the LOVING parents CHOOSE their own lawyers - give real justice to Shalwati and Azizul Raheem! Instead of the defence lawyers being elected by the state! How ridiculous is this - and what is the real deceitful agenda?
ReplyDeleteThe GENUINE lawyers should also fight on the fundamental basis of Sweden’s HYPOCRISY and DISCRIMINATION towards majority Muslim CHILDREN mass murdered by members of the EU and NATO, in the Muslim World, including in Afghanistan, Palestine, Iraq, Libya, Syria, Mali, Yemen, Somalia and Mali! And why and how?!
EU's wealth and money as mainly gained by tax from member states and corporations including oil-gas corporations (at http://ec.europa.eu/budget/explained/budg_system/financing/fin_en.cfm), are distributed towards EU members - so if some EU members such as those in the EU army and NATO (NATO include Israel) are launching BARBARIAN and GENOCIDAL racist and fascist wars towards the Muslim CHILDREN and peoples, in order to rob their oil-gas-minerals-land, then Sweden which is part of the EU is complicit! See http://real-agenda.com/2013/05/28/european-union-officially-lifts-weapons-ban-to-arm-syrian-rebels/, European Union officially lifts weapons ban to arm Syrian rebels, May 28, 2013